INFO:
Tips - tips penting yg ramai tak tahu & Ketahui Hotel murah selesa di CAMERON HIGHLANDS!!! Raya ketiga hari tu kami jalan2 ke Cameron Highland lagi....
Tips - tips penting yg ramai tak tahu & Ketahui Hotel murah selesa di CAMERON HIGHLANDS!!!Raya ketiga hari tu kami jalan2 ke Cameron Highland lagi. Malah sempat juga kami borak panjang dengan rakan2 kerja disini. Maka dpt saya simpulkan 7tips ini utk memudahkan anda holiday dgn happynya disini. Pertama sekali Yg mana dr KL boleh ikut Tapah, dr Penang ikut Simpang Pulai. Pastikan Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin😬 Lambat confem jem oiii. Jgn lupa Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)-KEA Farm 8.30am-6pm-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)-Taman Abang steamboat & grill Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.+ sukar untuk dapat parking kereta.+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.+ kurang privasi.Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands. Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10. Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma. Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.Saya baru balik bercuti di Cameron Highlands baru2 ni, cuti sekolah masih berbaki jadi siapa nak pergi wajib tahu info ini kerana inilah harga dan detail tempat yang menarik di Cameron Highlands (CH)Ladang teh1. Bharat Valley Tea House2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)3. Ladang Teh Boh Sungai Palas4. Boh Tea Garden✅ Masuk Percuma✅ Buka 9.00am- 4.30pm✅ Nikmati tea, cake dll desertTempat menarik yang FREE🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)(8.30 pagi - 6 ptg)🌼KHM Strawberry and Jem(8.30 pagi - 6 ptg)🌼 Cactus point(9 pagi - 6 ptg)🌼 Big Red Strawberry Farm(8 pagi - 6 ptg)🌼 Ladang Lebah(8 pagi - 7 mlm)🌼 Ladang Anggur Bertam Valley(9 pagi - 5 ptg)🌼 Kea Farm(8.30 pagi - 6 ptg)🌼 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)Tempat menarik yang BERBAYAR📌 Taman Agroteknologi MARDIDewasa RM5, Kids RM3(8.45 pagi - 5 ptg)📌 Lavender GardenDewasa RM10, Kids RM7(9 pagi - 6 ptg)📌 Butterfly GardenDewasa RM7, Kids RM5(9 pagi - 6 ptg)📌 Orkid and Rose GardenDewasa RM8, Kids RM6(9 pagi - 6 ptg)Makanan yang wajib cuba.🍧 Aiskrim Malaysia Strawberry🍧 Aiskrim Strawberry🍧 Scone🍧 Strawberry coklat🍧 Nasi Lemak Sambal strawberry🍧 Sayuran goreng🍧 Steamboat cheese highlands🍧 Jagung mutiara rebus 🍧 Ubi rebusOle-oleh wajib beli🍓 Strawberry🍓 Jambu epal (merah dan hijau)🍓 Sayuran segar (10 sayur RM10)🍓 Buah-buahan Kering🍓 Coklat buah-buahan🍓 Kordial buah-buahan📌Extra info Suhu di Cameron Highlands🌇Pagi - 17*C🌁Siang - 24-26*C🌃Malam - 18*Chighland steamboat cheesedewasa-RM 35 kanak2- RM 20(5 ptg - 12 mlm)the stone valley steamboatdewasa - RM 35kanak2- RM 18(5 ptg - 12 mlm)Hotel murah terbaik :ADAM HOTEL, Cameron Highlands, MalaysiaBooking : https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1904465&hl=ms-my&hid=16334137Share parking di wall anda nanti nk pergi boleh rujuk. | Media Johor Network